Secara umumnya perkataan etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Secara formal, etika ditakrifkan sebagai satu teori tentang perlakuan buruk baik manusia dan sejauh mana ia dapat ditentukan oleh akal.
![]() |
Pencemaran Air |
Disebalik gambar ini dapat kita tafsirkan perlakuan tidak beretika sesetengah pihak yang telah menyebabkan berlakunya pencemaran air. Pembuangan sisa kilang melalui kegiatan pihak pengusaha kilang yang suka membuang sisa kilang ke dalam sungai seperti logam yang berbahaya contohnya zink, timah hitam dan raksa membahayakan hidupan akuatik. Pembuangan bahan sisa yang membahayakan ini boleh memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang telah dicemari. Malahan, sumber pencemar dari bahan pertanian seperti baja dan pembaik tanah yang digunakan untuk aktiviti pertanian mengakibatkan pencemaran air. Aktiviti ini biasanya mengggunakan baja untuk menyuburkan tanaman dan mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Baja utama yang selalu digunakan dalam pertanian adalah sebatian nitrogen, fosforus dan kalium.. Selain itu, racun perosak juga merupakan bahan pencemar yang menjadi bahan penting di kawasan pertanian sebagai punca resapan untuk pencemaran air. Kehadiran bahan ini di dalam sungai walaupun dalam kepekatan yang kecil, boleh mendatangkan akibat yang serius dalam hubungannya kepada kebolehan air untuk diminum.
![]() |
Pencemaran Udara |
Seterusnya, perbuatan dan amalan tidak beretika oleh sesetengah usahawan atau pengusaha kilang menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang memberi impak kepada alam sekitar. Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh aktiviti perindustrian yang kian berkembang pada masa kini. Perkembangan dalam bidang ini menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Malahan, kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan, industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal. Antara kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Bahkan, Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
![]() |
Penyembunyian maklumat/rahsia |
Berdasarkan gambar di atas dapat kita gambarkan perbuatan tidak beretika sesetengah pihak dalam melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya golongan professional. Golongan professional adalah golongan yang lebih banyak terdedah dengan perlakuan tidak beretika atau jenayah kolar putih antaranya menikam rakan dari belakang, mencuri maklumat dan berbohong demi menjatuhkan pesaing.Ini kerana mereka terlibat dengan pelbagai keadaan dan orang pelbagai peringkat dan pangkat. Secara realitinya lebih tinggi pangkat dan jawatan disandang, maka lebih banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu mereka hadapi. Tindakan pertama melangkah batas-batas etika akan membawa diri seseorang itu terus terjebak dalam kancah yang tidak beretika dan amat sukar sekali apabila seseorang itu telah mula terlibat dengan etika yang tidak bermoral ini ingin keluar daripada apa yang telah 'biasa' mereka lakukan. Walaubagaimanapun, seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka yang melakukan amalan yang tidak sihat ini. Persekitaran juga turut mempengaruhi tindakan seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Ini dilakukan demi menjaga reputasi dan periuk nasi mereka walaupun mereka mengetahui apa yang mereka lakukan adalah salah disisi undang-undang.
![]() |
Wang |
Adakah wang mendominasikan hidup kita? mari kita berfikir sejenak. Banyak orang berpendapat wang adalah ‘kuasa’. Dengan wang kita dapat membeli segala yang kita mahu, sebab itu kalau tidak ada duit kita tidak akan mengecap bahagia. Namun begitu, banyak juga kes, penyakit yang tidak boleh diubati, walaupun kita mempunyai wang yang tidak terkira banyaknya. Lalu dalam hal ini, wang gagal membeli kesihatan kita dan, kerana kesihatan kita tidak dapat dikembalikan, maka ketenangan hidup kita tercalar, kebahagian langsung lenyap, bahkan kewangan kita tentu terjejas kerana banyak membiayai kos perubatan untuk memulihkan kesihatan kita. Justeru itu bagi saya wang bukanlah segala-galanya di dalam hidup ini tapi kita hidup ini memerlukan wang dan hiduplah didalam kesederhanaan di dunia ini dan ianya lebih baik tanpa hamba wang.
Amalan beretika dalam perniagaan amat berkait rapat dengan wang, sebagai contoh rasuah. Rasuah adalah perbuatan memberikan suapan dalam bentuk wang atau keistimewaan tertentu. Perbuatan ini dijadikan sebagai cara merebut peluang yang mengakibatkan kes meningkat tetapi kualiti barangan atau perkhidmatan tidak setara. Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat akan profesion seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal. Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. Jenayah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada sesetengah pihak